Want your
own Fotopage?








 
FaizMas FotoPage
&img src="http://2.srv.fotopages.com/2/15674109/Muka-nampak-seketui.jpg"&
By: Mohd Faiz

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 30-Oct-2007 14:27 Email | Share | | Bookmark
Farid Wedding

Alhamdulillah,farid telah selamat menjadi suami dengan 2 kali akad nikah..ni yg aku risau ni,takut aku 3 kali ja,whew! Tunggu gambaq dari kamera paklong plak..












Add comment


Sunday, 21-Oct-2007 06:21 Email | Share | | Bookmark
Coming soon..

2 week to go..debaran makin terasa..




Add comment


Wednesday, 17-Oct-2007 06:36 Email | Share | | Bookmark
Raya Pic

Posing sakan..
Farid & Fauzan













Add comment


Wednesday, 10-Oct-2007 12:25 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" dan "Maaf Zahir & Batin" kepada semua kengkawan yg mengenali diri ini..raya jangan tak raya!




Add comment


Saturday, 6-Oct-2007 10:01 Email | Share | | Bookmark
Edit 1

member request edit pic..zan,nah aku dah edit pic hang..amik kat sini..



Ni pic fazli ( anak zali member aku kat opis ) aku capture masa aku n mas berbuka puasa dengan family zali kat Nando's..



Ni la moto aku..hari-hari berulang pi gheja..aku satukan pic moto n helmet kesayangan..bukan ada apapun saja ja edit tara nak tunggu buka posa..lapaq!



BAAM beli NOKIA E90

Ni dia memba umah aku dah sambaq Nokia E90..Ni model paling latest sekali dipasaran..tak salah aku dia sambaq dengan harga RM3900..tapi respek la,semua function pun ada termasuk fungsi membaca bar code..dashyat tui Nokia la ni..





Add comment


Monday, 3-Sep-2007 10:53 Email | Share | | Bookmark
Konvensyen KIK

nak check in hotel
awat mulut jd lagu tu
Gaya mutu keunggulan
View all 12 photos...
Tempat : Everly Resort Hotel,Melaka
Tarikh : 27 ~ 30 Ogos 2007

Tepat jam 9 pagi 26 Ogos 2007 bas UiTm bertolak ke Melaka membawa lebih 30 perwakilan ke Konvensyen KIK peringkat UiTM Semalaysia.Seperti yang di janjikan vanue kali ini ialah ke Everly Resort Hotel di daerah Tanjung Keling.Buat pertama kalinya aku melangkah ke Melaka,ni lah kali pertama aku sampai selama aku hidup.Punya la seronok nak tengok negeri bersejarah Melaka.Pabila sampai ja Melaka,indah kabar dari rupa.Hampeh,ingatkan sempoi rupanya kiri kanan perjalanan hanya rumah kampung ja yang banyak.Perjalanan yang memenatkan sungguh tidak terubat pabila disangkakan best rupanya hampeh.Setibanya di Everly Resort Hotel jam 4.30 ptg baru la rasa best skit,seharian di dalam bas kini terubat dengan permandangan lautan Selat Melaka yang damai dan yang paling best ialah swiming pool yang dok mengamit aku untuk terjun.Lepas ja check in masuk bilik terus ja tukaq baju prepare nak terjun kolam.Aku,baam,zali,zan n chemay tanpa membuang masa terus membelasah kolam kat situ macam reta mak bapak sendiri punya.Habih minah salleh naik pabila kami terjun,mana taknya Baam asyik dok skodeng ja sampai minah salleh tu naik rimas.Paling best kat hotel ni ialah makanannya,aku respek betui makanan dia punya la sedap dan berlambak menu.Apalagi,pantang ja time makan awai ja aku n the gang sampai dan pabila semua dah bangun aku masih lagi dok melantak tak abih-abih,rasanya mau 3 kilo berat aku naik selama 4 hari kat Melaka.Tapi takpa,nak posa dah tak lama dah,nanti maintain la balik,huhu.Setelah 4 hari berlalu maka wakil dari UiTM Pulau Pinang bawak balik habuk ja,satu hadiah pun takda (tu dia la hampa pi enjoy sgt).Apapun aku berpuas hati dengan trip ke Melaka kali ni walaupun kalah tapi kawan-kawan punya pasai hati tetap syoq.Bak kata iklan Walls kat tv "Hidup Biar Sedap!"

Everly Resort Hotel, Melaka













Gangstarz Mekanikal



Perkarangan loading bay hotel



Bergaya di Swimming Pool



Pemuda harapan bangsa,haha



Gaya seorang jinggo



Bro n younger bro



Bergambar bersama pendaftar



Tu dia gang pecah umah



Fuhh,pikiaq hutang



Sedang menge'set' n testing presentation



Awat aku sorang ja ni..



Debaran menunggu giliran



Apa cerita pun 'covering fire' dulu



Berasa lega aih..



Lepas perasap soroo plak



Apa ushar-ushar



Ada gaya Tom Cruise ka?



Cemerlang,Gemilang & Terbilang



Kapai Alfonso


Add comment


Monday, 3-Sep-2007 04:16 Email | Share | | Bookmark
Pertandingan KIK peringkat UiTM,Pulau Pinang

Tempat : Dewan Seminar UiTM Pulau Pinang
Tarikh : 20 Ogos 2007
Masa : 8am - 1pm

Pada 20 Ogos 2007 maka berlangsunglah pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif peringkat jabatan dan fakulti. Seramai 6 kumpulan telah layak ke peringkat akhir bagi berentap hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM 10000. Tempat pertama mengondol RM 2000, tenpat kedua RM 1500 dan ketiga RM 1000. Lain-lain hadiah seperti pembentang lelaki & wanita terbaik, ciptaan logo terbaik, dokumentasi terbaik, persembahan terbaik dan berbagai lagi. Acara di rasmikan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar UiTM Pulau Pinang seawal jam 8.30 pagi.Kumpulan dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah muncul juara keseluruhan dan mengondol hampir semua hadiah yang di sediakan.Tajuk yang di bentangkan oleh FKM iaitu " Limpahan Pasir Dari Mesin Pengisar Pasir Foundri " telah berjaya menjimatkan kos penjimatan UiTM sebanyak RM6000 / setahun bagi benlajawan teknikal sekaligus membawa FKM menjadi juara buat pertama kalinya. Berkat usaha semua ahli terutamanya aku sendiri sebagai setiausaha yang sampai 2 hari tak balik umah telah membuahkan hasil. Pemenang tempat pertama dan kedua akan mewakili UiTM Pulau Pinang ke Konvensyen KIK ke 12 pada 27 Ogos 2007 bertempat di Everly Resort Hotel,Tanjung Keling Melaka. Misi kali ini ialah untuk mengondol sekali lagi semua hadiah yang di tawarkan dan sekaligus memartabatkan nama FKM UiTM Pulau Pinang. Ahli-ahli telah beruasaha bersengkang mata siang dan malam untuk melakukan yang terbaik.Di harapkan segala usaha yang telah di lakukan akan membuahkan hasil di Melaka nanti.


Ahli kumpulan Mechy Mutiara



Para juri yang mengadili pertandingan



Timbalan Pengarah HEP, Fasilitator, Penolong Pendaftar



Zan, Zali n Helmi



Mohd noor, Ayu n Azrin ( Pembentang Wanita FKM )



Pembentang Terbaik Lelaki KIK UiTM Pulau Pinang


Add comment


Friday, 17-Aug-2007 11:30 Email | Share | | Bookmark
Ronda-ronda Pulau Pinang

Mas1
Perghh..kena sebatang
Mas2
View all 14 photos...
Tarikh : 12 Ogos 2007
Jam : 7.00PM ~ 11.00PM

Destinasi :

1) Queensbay Mall
2) Gurney Drive
3) Padang Kota Lama

Dah lama rasanya tak pi penang,ntah macamana tetiba hati tergerak nak pi penang maybe coz dah lama tak jenjalan dengan mas.So,tanpa planning terus je hari Ahad aku dengan mas bertolak pi penang.Mula-mula pi Queensbay dulu,seperti biasa perkara pertama aku buat kat Queensbay adalah masuk Pizza la,memang selalu macam tu kalau datang kat sini.Setelah habis makan dan rabak dekat RM50 maka aku pun ronda-ronda la penang,dah nak jadi nasib aku tersilap masuk jalan,maka rondalah hampir sejam nak cari jalan keluar dari pusat bandar ke persiaran gurney.Pastu sampai ja gurney terus pi ronda kat gurney mall,barang kat situ mahai nak mampuih,biasa la kat penang ni semua juai mahai.Ronda la aku dengan mas sampai tingkat 3,pastu ras boring terus keluar dari mall gi lepak kat persiaran tepi laut.Maka hari tu tinggallah semua waktu semayang,org dok semayang aku dok tangkap gambaq.Lepak sampai pukui 8.30 pastu gerak ke padang kota lama

Selamat Hari Kebangsaan ke 50...MERDEKA!






Lepak kat persiaran gurney



Queensbay Mall



Sweet Memory



Control ensem



Tanda ikatan kasih mesra








Jiwang btoi la hg nie..hehehe...gambaq ronda ngan tunang pun hg boh ka...baguih..baguihh...!!! Sat 18-Aug-2007 11:38
Posted by:GeNz|88|
hehe..mcm la aku jiwang sorang..hg pun jiwang gak,tapi gambaq ja x upload,byk gambaq awek tu,aku tau la.. Sun 19-Aug-2007 06:59
Posted by:faizmas
Hai..welcome to fp..nice pic…actually kami mencari bbrp individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah.. utk tempoh promosi blnni pendaftaran hanya RM15 shj.kpd yg berminat sila layari website kami…juz klik link disebelah kanan anda.
Terima kasih
Mon 20-Aug-2007 11:22
Posted by:amd_07  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com